Belia 4B Selia Aktiviti Kemasyarakatan Belia Kampung

B

elia yang tinggal di kampung ini sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan. Terdapat Persatuan Belia 4B dan pasukan kompang kampung yang terlibat dalam pelbagai aktiviti dan program berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan. Bagi pasukan kompang kampung, mereka sering memenuhi undangan majlis rasmi atau majlis perkahwinan penduduk setempat dengan bayaran sebanyak RM100 hingga RM150 bergantung kepada majlis dan tempat.

“Penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih matang dan berketerampilan.”  
   

Persatuan Belia 4B pula cenderung untuk menganjurkan aktiviti seperti pertandingan futsal dan sepak takraw. Kebanyakan aktiviti sukan ini dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi iaitu hanya lima minit pemanduan dari Kampung Bahagia Jiboi. Penglibatan aktif dalam setiap aktiviti dianjurkan diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih matang dan berketerampilan.

Kebanyakan belia yang tinggal di kampung ini mendapat pendidikan sempurna dan berkelulusan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia. Pemuda pemudi di kawasan kampung yakin bahawa pendidikan yang diperolehi pasti dapat membantu keluarga selain menyumbang tenaga dan kepakaran untuk memajukan kampung.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK