Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Kilometer 9,
Batu 5 ¾ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
   
 

Kaum Wanita Tidak Ketinggalan Dalam Menambah Ilmu Pengetahuan

S

eiring dengan matlamat kerajaan yang inginkan golongan wanita berdaya saing dalam apa jua aspek kehidupan, pelbagai aktiviti yang melibatkan golongan ini turut diadakan di kawasan Gombak. Kaum wanita di sini bukan sahaja bertindak sebagai pengurus keluarga, malahan aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan juga kemasyarakatan.

Kebanyakan aktiviti kebudayaan dan keagamaan yang sering diadakan di kawasan Gombak melibatkan golongan wanita, khasnya kaum ibu. Antaranya adalah nasyid, berzanji, marhaban, kelas pengajian agama dan Fardu Ain. Aktiviti berunsurkan keagamaan ini diadakan bertujuan untuk menambah dan memantapkan lagi ilmu agama di kalangan kaum wanita Daerah Gombak.

Terdapat beberapa pertubuhan kaum wanita yang bergerak aktif di sekitar kawasan Gombak. Antaranya ialah Biro Wanita, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berperanan utama dalam menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial. Objektif pertubuhan ini ialah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara kaum ibu dan juga perpaduan antara kaum. Oleh itu, tidak hairanlah jika masyarakat di sini dapat hidup dalam keadaan yang harmoni biarpun terdiri dari pelbagai bangsa.

Golongan wanita di kawasan Gombak turut terlibat dalam kegiatan riadah seperti tarian poco-poco dan senamrobik. Aktiviti ini biasanya diadakan pada setiap malam Ahad di Pusat Komuniti yang terletak dalam kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Selain itu, aktiviti seperti menggubah bunga, kelas memasak dan kelas menjahit turut diadakan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK