Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Kilometer 9,
Batu 5 ¾ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
   
   

Teras Kesedaran Berilmu

A

ntara usaha kerajaan untuk memupuk kesedaran masyarakat dalam bidang Teknologi Maklumat ialah menerusi penubuhan Pusat Internet Desa dan Perpustakaan Awam di bawah Program Pemberian Sejagat (USP). Melalui program ini, kerajaan membekalkan beberapa unit komputer dan kemudahan Internet. Kerajaan berharap dengan penubuhan perpustakaan desa seumpama ini akan dapat membuka peluang kepada penduduk kampung memanfaatkan pengetahuan berteraskan teknologi di dalam kehidupan mereka. Pada masa yang sama, kemudahan prasarana di pusat berkenaan turut ditingkatkan dari masa ke masa.

 
Setiap pertanyaan cuba dipenuhi oleh kakitangan perpustakaan
 

Perpustakaan Awam Al-Syakirin mula beroperasi pada tahun 2000. Perpustakaan awam ini terletak di dalam Kampung Kerdas di mana kedudukannya betul-betul terletak di dalam kawasan Masjid As-Syakirin yang menjadi tempat penduduk sekitar mengerjakan ibadat. Ia juga bersebelahan dengan sebuah sekolah rendah agama. Pada awal pembinaannya, perpustakaan awam ini mempunyai dua tingkat, namun disebabkan hanya terdapat seorang penyelaras di situ, justeru satu tingkat sahaja bangunan perpustakaan digunakan. Antara perkhidmatan yang disediakan di dalam perpustakaan ini ialah peminjaman dan pemulangan buku.

“Manakala kemudahan ruang santai yang luas memudahkan pengunjung beristirehat sambil membaca buku”.

Perpustakaan Awam Al-Syakirin diselia oleh seorang penyelaras yang telah berkhidmat sejak tahun 2000 iaitu Salmah Osman. Menurut beliau yang juga merupakan anak watan Gombak, pelbagai kempen dan aktiviti diadakan di sini antaranya Kempen Keahlian. Kempen yang dijalankan di sekitar kampung berhampiran bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan ini. Selain menggalakkan orang ramai untuk membaca, kempen ini sekali gus dapat menghubungkan silaturahim sesama penduduk.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK