Masyarakat Minangkabau Lari Akibat Penindasan
ahulu, Daerah Gombak terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu, kawasan sawah padi, kawasan perlombongan bijih timah dan juga sebahagian kawasan sungai. Daerah Gombak mula diteroka sekitar tahun 1960-an oleh penduduk yang datang dari Minangkabau, Indonesia. Justeru, tidak hairanlah jika bahasa pertuturan yang digunakan oleh penduduk adalah loghat Minang. Pekerjaan utama penduduk Gombak pada ketika itu ialah menanam padi dan juga melombong bijih timah.
Menurut cerita warga emas yang tinggal di kawasan Gombak, orang Minangkabau yang mendiami kawasan ini pada asalnya menetap di Kuala Selangor. Bagaimanapun, mereka lari ke Daerah Gombak kerana orang Bugis yang memerintah di Kuala Selangor pada ketika itu telah melakukan penindasan terhadap mereka. Ini kerana kegiatan pertanian yang mereka jalankan dianggap sebagai pekerjaan kelas bawahan.
|