Biarpun Berbeza Budaya Keharmonian Masih Terpelihara
ianggarkan lebih daripada 36,000 orang penduduk tinggal di dalam Daerah Gombak. Majoriti penduduk di sini berbangsa Melayu yang beragama Islam. Terdapat juga kaum-kaum lain seperti kaum Cina dan India termasuk segelintir pendatang asing turut bermastautin di kawasan ini. Oleh sebab Daerah Gombak terletak berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur, maka ia tidaklah terpinggir daripada arus bandar raya Kuala Lumpur.
Kawasan penempatan berpusat disediakan untuk penduduk kawasan Daerah Gombak. Banyak kawasan penempatan baru turut dibuka untuk menampung penghijrahan penduduk ke kawasan ini. Rumah-rumah pangsa dan kondominium didirikan sekitar Daerah Gombak bagi meminimumkan penggunaan tanah.
Seperti dikatakan walaupun Daerah Gombak terletak berhampiran dengan Bandar Raya Kuala Lumpur, kehidupan masyarakat di sini masih lagi berteraskan masyarakat Melayu tradisional. Semangat kejiranan masih menebal di kalangan penduduk kampung. Justeru, tidak hairanlah penduduk di sini hidup dalam suasana harmoni meskipun berbeza agama dan budaya.
|