Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Kilometer 9,
Batu 5 ¾ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
   
   

Pendidikan Sempurna Melahirkan Generasi Berpengetahuan

K

emudahan sistem pendidikan di Daerah Gombak menjadi penyumbang utama dalam melahirkan anak-anak tempatan yang berilmu serta berketerampilan. Wujudnya pelbagai sekolah dan institusi pengajian tinggi di kawasan Gombak memudahkan para pelajar mendapatkan pendidikan secara formal.

 
 
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak

Di antara sekolah yang terdapat di kawasan Gombak ialah Sekolah Rendah Agama As-Syakirin, Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia dan Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak 1 dan Gombak 2. Beberapa sekolah berasmara penuh juga terdapat di sekitar kawasan Gombak iaitu, Sekolah Menengah Teknik Gombak dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Beberapa buah tadika turut didirikan bagi kanak-kanak menimba ilmu.

Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kuala Lumpur–British Malaysian Institute (UNIKLBMI) merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berada di dalam kawasan Gombak. Kedua-dua Universiti ini memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi, ijazah serta sarjana.

 
Universiti Islam Antarabangsa
 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK