Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Kilometer 9,
Batu 5 ¾ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
   
 

Zoo Negara Tumpuan Hujung Minggu

P
 
 
Pintu masuk ke Zoo Negara

elancongan adalah antara sektor utama yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pelbagai tempat-tempat menarik boleh dikunjungi di sekitar Daerah Gombak. Sekiranya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga, Zoo Negara merupakan destinasi yang paling sesuai untuk dikunjungi. Terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur, ia ditadbir oleh Malaysian Zoological Society. Zoo Negara yang ditubuhkan pada 14 November 1963 ini menghimpunkan lebih 5,000 jenis haiwan dari 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Kini, ia cuba menonjolkan konsep zoo terbuka, di mana 90 peratus haiwan ditempatkan dalam kandang terbuka luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan habitat asalnya.

Selain itu, Hutan Lipur Sungai Tua yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan para pelancong. Hutan lipur yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak ini memiliki keunikannya yang tersendiri kerana terdapat pelbagai flora dan fauna selain aliran air sungai dari Sungai Tua yang sungguh dingin. Terdapat juga kemudahan disediakan seperti tapak perkhemahan yang luas, trek joging, trek pejalan kaki dan tempat untuk mandi serta berkelah bagi keselesaan pengunjung. Pengunjung juga boleh bersiar-siar sambil menikmati pemandangan indah di sekitar kawasan hutan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK