Daerah Ketiga Terkecil Dalam Negeri Selangor
aerah Gombak merupakan salah satu daerah di dalam negeri Selangor. Daerah yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Keluasan Daerah Gombak merangkumi kira-kira 65,000 hektar. Daerah Gombak merupakan daerah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah-daerah lain di dalam Negeri Selangor.
| "Daerah Gombak mempunyai keunikannya tersendiri kerana sebahagian daripada kawasannya terletak di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan manakala sebahagian lagi terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. " |
|
| |
|
Daerah Gombak mempunyai keunikannya tersendiri kerana sebahagian daripada kawasannya terletak di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan manakala sebahagian lagi terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Bentuk muka bumi daerah ini adalah berbukit di kawasan timur, utara dan barat. Manakala tanah pamah meliputi kawasan tengah dengan aliran sungai-sungai utama seperti Sungai Gombak, Sungai Klang dan Sungai Batu dalam daerah ini.
Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Gombak terletak di dalam Kampung Kerdas. Ia dibina di dalam kawasan Masjid As-Syakirin. Perpustakaan awam ini berdekatan kawasan perumahan Taman Kamariah dan Balai Polis Gombak Setia. Rata-rata pengunjung yang datang menggunakan kemudahan di dalam perpustakaan ini ialah pelajar Sekolah Agama Rendah As-Syakirin yang bersebelahan dengan perpustakaan awam ini. Kemudahan pengangkutan awam yang banyak serta kerap memudahkan pengunjung untuk datang ke sini.
|