Perniagaan Gerai Tumbuh Bagai Cendawan
idak banyak aktiviti keusahawanan dijalankan di sini kerana kebanyakan penduduk bekerja dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Di antara aktiviti keusahawanan yang terdapat di sekitar Gombak ialah aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan seperti kedai runcit, kedai jahitan dan gerai makan. Kebanyakan kedai-kedai ini terletak di pinggir-pinggir jalan berdekatan dengan kawasan perumahan serta jalan utama. Antara golongan yang melibatkan diri dalam bidang ini terdiri daripada kaum wanita, remaja dan juga golongan pesara. Mereka menjalankan kegiatan ini di premis yang didirikan oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL). Bangunan ini disewa oleh penduduk pada kadar yang telah ditetapkan.
 |
|
| Deretan kedai di sekitar Gombak |
|
|
Terdapat juga kalangan penduduk Gombak yang terlibat dalam kegiatan perusahaan kedai dobi, bengkel motor, kedai jahit dan sebagainya. Pasar Tani yang dibuka setiap pagi di dalam kawasan bangunan Jabatan Pertanian Daerah Gombak/Petaling juga memberi peluang kepada penduduk untuk memasarkan hasil tanaman mereka. Sambutan yang diterima oleh peniaga-peniaga amat menggalakkan disebabkan adanya permintaan yang tinggi ekoran kepesatan penduduk di kawasan Gombak.
|