Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Kilometer 9,
Batu 5 ¾ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
   
   

Pihak Polis, Bomba dan RELA Menggembleng Tenaga Menjaga Keselamatan

W

alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis, namun penduduk kampung turut bersama menggembleng tenaga dan berganding bahu bagi memastikan keamanan kampung terpelihara. Tanggungjawab menjaga keselamatan dipikul oleh Biro Keselamatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadi tonggak penduduk.

Selain itu, Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang berpusat di Pejabat Daerah Gombak turut membantu pihak berkuasa dalam menangani masalah keselamatan kampung. RELA yang dianggotai oleh para penduduk kampung berusia 16 tahun ke atas bertugas secara sukarela dan kebiasaannya mengikut giliran.

 
 
Cepat dan betul

Terdapat sebuah balai polis iaitu Balai Polis Gombak Setia yang menjadi tempat rujukan penduduk untuk mengadu sebarang masalah melibatkan soal keselamatan. Sebuah balai bomba iaitu Balai Bomba Gombak Setia turut dibina di dalam kawasan Gombak.

 


 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK