Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Kilometer 9,
Batu 5 ¾ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
   
   

Kemudahan Prasarana Serba Lengkap

O

leh kerana kedudukan Gombak yang terletak di pinggir Bandar Raya Kuala Lumpur, justeru, kemudahan prasarana tidak mengundang permasalahan kepada penduduk.

Pelbagai prasarana dan kemudahan disediakan untuk keselesaan penduduk kawasan Gombak. Antara kemudahan awam yang terdapat di kawasan Gombak ialah balai raya, balai JKKK, stesen minyak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), sistem pengangkutan awam dan jalan raya dibina dengan sempurna bagi memudahkan penduduk untuk menuju ke sesuatu destinasi.

 
Salah satu prasarana yang disediakan
 

Keseluruhan penduduk kawasan Gombak mendapat kemudahan elektrik dan juga bekalan air bersih. Selain itu, terdapat juga Pusat Komuniti yang dibina untuk kegiatan masyarakat setempat. Kewujudan pelbagai kemudahan asas lain seperti telefon awam, perpustakaan, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain memudahkan penduduk untuk melakukan sebarang aktiviti.

Sebuah masjid iaitu Masjid As-Syakirin merupakan antara masjid yang terbesar dalam kawasan Gombak. Ia terletak berhampiran jalan utama dan taman perumahan. Banyak program keagamaan dijalankan di Masjid As-Syakirin, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK