Silaturahim Yang Masih Terpelihara
ntara kampung yang berada berhampiran dengan Perpustakaan Awam Al-Syakirin adalah Kampung Changkat, Kampung Sungai Chincin, Kampung Sungai Mulia dan juga beberapa taman perumahan seperti Taman Kamariah, Taman Danau Kota dan Taman Perwira. Sistem jalan raya yang efisien memudahkan perhubungan di antara penduduk-penduduk sekitar.
Aktiviti kebudayaan dan kesenian sedikit sebanyak mewujudkan kesinambungan dan juga merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk taman-taman sekitar. Meskipun sibuk mengejar kehidupan di kota, perhubungan di antara penduduk kawasan sekitar masih terjalin erat. Semangat kejiranan dan gotong-royong tetap dipraktikkan sesama penduduk terutama apabila berlangsungnya majlis perkahwinan dan keraian.
|