JKKK Penyalur Maklumat Kerajaan
ecara umumnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan bagi membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. dengan melaksanakan program-program pembangunan. Bagi merealisasikan objektif ini, JKKK telah menubuhkan beberapa biro seperti Biro Keselamatan, Biro Kebajikan dan Biro Pendidikan. JKKK kawasan Gombak dipengerusikan oleh Zakaria Mohd Yusof dan dibantu oleh beberapa biro yang sentiasa melahirkan idea untuk meningkatkan lagi tahap keselesaan dan keselamatan penduduk.
JKKK ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, segala maklumat serta dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadang kala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan dalam mengatur projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat seperti membaik pulih sistem jalan raya serta perparitan, gotong-royong dan lain-lain.
|