Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Awam Al-Syakirin, Kilometer 9,
Batu 5 ¾ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
   
   

Aktiviti Wall Climbing Mula Diminati

B

elia yang berwawasan dan berilmu diharap dapat menjadi pemangkin dalam membangunkan ekonomi negara. Oleh itu, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak JKKK melibatkan golongan belia di kawasan ini. Belia Daerah Gombak aktif dalam kegiatan persatuan, kebudayaan, kesenian, sukan dan sebagainya. Objektif utama kegiatan seumpama ini adalah untuk memantapkan lagi disiplin dan ilmu pengetahuan yang ada dalam diri belia di sini.

"Belia Daerah Gombak aktif dalam kegiatan persatuan, kebudayaan, kesenian, sukan dan sebagainya."  
   

Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang sering dianjurkan untuk golongan belia di kawasan Gombak adalah pertandingan bola jaring, Program Rakan Muda Jiran Muda, pertandingan futsal, pertandingan sepak takraw dan sebagainya. Biasanya aktiviti sukan sering dilakukan pada waktu petang di sekitar kawasan Gombak.

Di samping itu, golongan belia di sini turut terlibat dalam program-program berbentuk ilmiah. Antara program yang sering dianjurkan ialah Kem Kecemerlangan untuk pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Penilaian Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia (STPM). Bengkel seperti Program Bina Insan, Program Khemah Ibadah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kem-kem motivasi turut dianjurkan.

Belia aktif dalam sukan wall climbing

 
 
Belia bersukan Wall Climbing

Golongan belia di kawasan Gombak turut aktif dalam kegiatan sukan lasak seperti wall climbing dan basikal lasak. Sebuah kawasan khas disediakan oleh pihak bertanggungjawab bagi golongan belia melakukan aktiviti-aktiviti lasak ini.

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK