Wanita Menjalankan Perusahaan Tempe

M

enyedari kepentingan wanita dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, maka JKKK merancang aktiviti yang khusus melibatkan wanita di Kampung Asam Kumbang. Dari situ wujudnya Biro Wanita yang dikelola di bawah JKKK untuk menggalakkan wanita bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.

 
Proses pembungkusan tempe
 

Selain itu, terdapat juga segelintir kaum wanita yang bergiat aktif dalam perniagaan. Mereka membuka gerai-gerai makanan di sekitar kampung dan turut serta dalam perusahaan membuat tempe. Pihak kerajaan telah bermurah hati menyalurkan bantuan dari segi modal dan latihan bagi perusahaan ini. Tujuannya supaya kaum wanita lebih bergiat aktif dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh biro wanita di sini melibatkan program keagamaan seperti mengadakan kelas mengaji Al-Quran dan tajwid, program tadarus Al-Quran dan mengadakan latihan marhaban apabila sambutan hari kebesaran Islam semakin hampir.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK