Projek Untuk Rakyat
erpustakaan Desa Kampung Asam Kumbang merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat hari ini.
| |
 |
| |
| Pelajar sekolah sering ke perpustakaan desa untuk mencari informasi |
|
Perpustakaan Desa Kampung Asam Kumbang terletak di dalam Balai Raya Kampung Asam Kumbang. Lantaran itu, bangunan ini mempunyai dua fungsi sekali gus. Di sinilah tempatnya penduduk kampung bermesyuarat dan juga tempat menimba ilmu. Kemudian perpustakaan ini diubah suai dan mula beroperasi pada Mei 2006. Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadi tarikan di kalangan pelajar dan penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa yang mencari informasi.
“Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain” |
|
| |
|
Di antara aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan ini adalah mengikut peringkat umur. Bagi kanak-kanak, pertandingan mewarna dan melukis diadakan selain belajar Internet dan memberi perkhidmatan pinjaman buku kepada penduduk kampung.
Perpustakaan ini di bawah seliaan Jarah Sabtu yang menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Desa Kampung Asam Kumbang beroperasi dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
|