Bersempena nama Pokok Asam Kumbang
uatu ketika dahulu, kawasan Kampung Asam Kumbang merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang luas. Ia menjadi tempat tumpuan masyarakat sekitar untuk mengusahakan ladang kelapa sawit di sini. Oleh kerana ada di kalangan peladang yang tinggal jauh dari kawasan ladang tersebut maka mereka bercadang mencari kawasan berhampiran untuk dijadikan penempatan mereka.
“Asal usul bersempena pokok asam kumbang yang tumbuh meliar di kawasan penempatan” |
|
| |
|
Asal usul nama kampung ini berikutan terdapat banyak pokok asam kumbang yang tumbuh meliar di kawasan penempatan tersebut. Lantaran itu penduduk yang baru membuka penempatan di situ sepakat menamakan kampung tersebut sebagai Kampung Asam Kumbang sempena banyaknya tumbuhan tersebut di kawasan berkenaan.
Perubahan kampung yang ketara dapat dilihat dari sudut pertambahan penduduk dan juga sistem perhubungan jalannya yang sudah berturap. Kemudahan ini telah memberikan banyak kesenangan kepada penduduk kampung untuk berulang - alik dari destinasi masing-masing.
|