Nilai Murni Jadi Amalan

P

enduduk di sini dianggarkan 500 orang dan kesemua penduduknya adalah berbangsa Melayu beragama Islam. Nilai-nilai murni seperti sikap tolong-menolong dan bertegur sapa masih kekal di dalam jiwa masyarakat Kampung Asam Kumbang. Ini sekaligus mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk kampung.

Di sini terdapat lebih kurang 40 peratus rumah jenis kayu, 15 peratus rumah jenis batu dan selebihnya rumah jenis separa kayu dan batu. Rumah-rumah ini didirikan secara berderet. Kebanyakan penduduk kampung mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta. Selain itu, perkhidmatan bas awam juga disediakan untuk kesenangan penduduk ke pekan berdekatan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK