Buah Kelapa Sawit

Petani Berdaya Maju

S

ektor perladangan merupakan sektor utama yang diusahakan oleh penduduk Kampung Asam Kumbang. Ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh penduduk Kampung Asam Kumbang seluas lebih kurang 20 hektar di sekitar kawasan kampung. Tanahnya yang subur dan bersesuaian menyebabkan kelapa sawit dijadikan tanaman utama bagi penduduk setempat. Rata-rata penduduk kampung ini memiliki ladang kelapa sawit yang diusahakan sendiri bersama ahli keluarga masing-masing.

 
Ladang kelapa sawit mendapat pelbagai bantuan daripada RISDA
 

Pelbagai jenis bantuan dari segi subsidi baja dan khidmat nasihat yang telah diberikan oleh beberapa badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri dan juga Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Buah sawit yang sudah masak kebiasaannya akan dikait sendiri oleh peladang dan dijual ke kilang sawit berdekatan. Kadangkala lori-lori kelapa sawit dari kilang akan datang sendiri ke ladang untuk mengambil buah sawit yang ingin dijual.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian di Kampung Asam Kumbang demi memastikan pembangunan dalam bidang terbabit seiring arus pembangunan pertanian di Malaysia. Banyak program dan aktiviti dianjur bagi tujuan melahirkan petani dan peladang yang berdaya maju. Ia selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan petani mengkomersialkan pengeluaran produk mereka.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK