Ilmu Penyuluh Hidup

K

ini pendidikan bukan sahaja lagi satu ilmu malah ia merupakan keperluan untuk menjamin masa depan yang lebih selesa. Ia bermula dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang tinggi.

Antara institusi pendidikan yang terdapat di Kampung Asam Kumbang ialah Sekolah Rendah Penghulu Salleh, Sekolah Rendah Sri Padang Sari dan sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Dato’ Onn.

 
 
Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat

Selain itu, terdapat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat terletak di Kampung Separap. MRSM ini terletak kira-kira 14 kilometer dari Batu Pahat dan 8 kilometer dari Pekan Parit Sulong melalui Jalan Simpang Lima/Parit Sulong. Wujudnya MRSM Batu Pahat ini adalah atas usaha Yang Berhormat Datuk Ruhanie Haji Ahmad iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong. Majlis Pecah Tanah dan peletakan Batu Asas Pembinaan MRSM ini telah disempurnakan pada 5 Oktober 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK