Tempe Jadi Sumber Pendapatan
idang keusahawanan di sini kebanyakannya menjalankan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di Kampung Asam Kumbang. Di antara perusahaan yang semakin meningkat di Kampung Asam Kumbang ialah pembuatan tempe. Kebanyakan pengusaha-pengusaha di sini menjadikan rumah mereka sendiri sebagai tempat memproses produk tersebut.
“Selain rasanya enak, dengan harga yang amat berpatutan menjadikan tempe Faridah mendapat sambutan sangat menggalakkan” |
|
| |
|
Faridah Endot merupakan salah seorang pengusaha tempe di Kampung Asam Kumbang. Beliau baru sahaja tujuh bulan menceburkan diri di dalam bidang pembuatan tempe. Setakat ini, beliau mengeluarkan lebih kurang 1000 bungkus tempe setiap hari mengikut permintaan pembeli.
Selain daripada rasanya enak, dengan harga yang amat berpatutan menjadikan tempe Faridah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ia dijual mengikut saiz bungkusan iaitu sekitar RM0.15 bagi bungkusan kecil dan RM0.20 bagi bungkusan besar. Puan Faridah membekalkan tempe kepada kedai-kedai sekitar Kampung Asam Kumbang dan kini beliau mendapat tempahan membuat tempe untuk dibekalkan kepada pasar raya berdekatan di Batu Pahat.
|