Bersedia Memberikan Bantuan

P

enduduk di Kampung Asam Kumbang boleh menikmati kemudahan kesihatan di Klinik Desa Batu Puteh dan Klinik Desa Kampung Separap. Klinik ini dikendalikan oleh pembantu perubatan yang ditempatkan di sana bagi membantu penduduk kampung yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan. Selain itu, perkhidmatan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak juga disediakan di sini.

Namun, jika memerlukan rawatan lanjut, pesakit boleh berkunjung ke Hospital Batu Pahat dan klinik swasta yang berdekatan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan mengikut jenis rawatan. Namun jika anda berkunjung ke klinik dan hospital kerajaan, bayaran minimum dikenakan untuk pengunjung terutamanya warganegara Malaysia.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK