Limpahan Pembangunan

P

enduduk di Kampung Asam Kumbang menikmati segala kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan komunikasi yang lengkap. Selain itu, kemudahan jalan raya yang telah dinaiktarafkan menjadikan perhubungan penduduk kampung dengan kawasan lain semakin mudah.

 

“ Ia menjadi tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sekali gus meningkatkan hubungan ukhuwah penduduk setempat. ”
   

Kemudahan prasarana lain seperti dewan orang ramai, klinik desa, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau, taman permainan dan perhentian bas turut disediakan bagi memudahkan penduduk kampung ini. Selain itu, sistem pengangkutan awam yang ada di Kampung Asam Kumbang memudahkan penduduk berulang-alik ke pekan berdekatan.

Kemudahan seperti balai raya memberikan banyak manfaat kepada penduduk kampung. Ia menjadi tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sekali gus meningkatkan hubungan ukhuwah penduduk setempat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK