Sentiasa Sepakat

K

awasan kampung yang berhampiran dengan Kampung Asam Kumbang adalah Kampung Batu Puteh, Kampung Parit Lapes, Kampung Parit Awang dan Kampung Parit Salam. Semua kampung ini terletak berhampiran.

 
Jalan yang berturap bagi memudahkan penduduk ke kampung yang berdekatan
 

Hubungan sesama penduduk kampung menjadi rapat melalui program-program yang dianjurkan bersama. Malah aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Asam Kumbang sering mendapat sambutan dari kampung-kampung sekitar. Antara aktiviti yang diadakan selalunya melibatkan aktiviti keagamaan dan juga sukan.

Aktiviti sukan yang diadakan seperti perlawanan bola sepak. Kebanyakan penduduk di kampung ini menghargai kepentingan dan mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian. Ini kerana semangat kejiranan adalah asas paling penting di dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, maju, sejahtera dan harmoni.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK