Pengerusi JKKK Kampung Asam Kumbang

Menggembleng Tenaga Untuk Keselesaan Bersama

K

ampung Asam Kumbang ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKK juga berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberi faedah kepada masyarakat kampung seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain.

JKKK diketuai oleh pengerusi JKKK iaitu Othman Dayan. Di bawah pentadbiran beliau pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKK. Antara biro yang diwujudkan ialah Biro Ekonomi, Biro Agama, Biro Belia dan Sukan, Biro Wanita, Biro Pertanian dan Biro Pendidikan. Sejak sekian lama JKKK berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.

Sehingga kini program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Contohnya, JKKK bersama penduduk kampung mengadakan aktiviti gotong-royong dan kesukanan bagi merapatkan hubungan silaturahim dan dalam masa yang sama JKKK kampung ini turut merancang aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan.
JKKK Kampung Asam Kumbang sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna membabitkan hal-hal pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK