Bersama Menjana Ekonomi Setempat
umber ekonomi penduduk di kampung ini diperoleh dari sektor pertanian, sektor perkhidmatan awam dan swasta atau berniaga di sekitar kawasan kampung. Bagi golongan veteran, mereka lebih cenderung untuk menguruskan tanaman kelapa sawit yang menjadi antara pekerjaan utama penduduk kampung ini. Pertanian juga diusahakan penduduk kampung bagi menampung kehidupan seharian mereka. Malah, ada di antara penduduk setempat yang bekerja di ladang kelapa sawit milik penduduk kampung tersebut. Bertani merupakan pekerjaan tradisi yang masih dijalankan oleh penduduk Kampung Asam Kumbang sehingga sekarang.
 |
|
| Kelapa sawit merupakan sumber pendapatan utama penduduk Kampung Asam Kumbang |
|
|
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga menyumbang pendapatan kepada penduduk Kampung Asam Kumbang. Antara IKS yang diusahakan ialah perusahaan membuat tempe. Perusahaan ini sentiasa mendapat permintaan dari orang ramai sekitar Batu Pahat. Pembabitan penduduk dalam IKS membantu meringankan beban keluarga mereka. Bantuan pihak kerajaan dari segi latihan kemahiran, barangan dan juga pinjaman wang sedikit sebanyak membantu sosioekonomi penduduk kampung agar berkembang dengan jayanya.
“Bertani merupakan pekerjaan tradisi yang masih dijalankan oleh penduduk Kampung Asam Kumbang sehingga kini” |
|
| |
|
|