Mendengar nama Kampung Asam Kumbang mungkin ramai yang tidak mengetahui di mana letaknya tempat ini. Namun nama kampung ini pasti tidak asing buat penduduk Negeri Johor Darul Takzim. Kedudukannya yang hanya terletak lima kilometer dari Pusat Bandar Batu Pahat menjadikan ia sebuah perkampungan pinggir bandar yang semakin membangun rentetan daripada tempiasan pembangunan bandar.

Johor sememangnya terkenal dengan makanan Jawanya seperti tempe. Bagi penggemar makanan tersebut pasti tidak akan melepaskan peluang membeli tempe untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh. Di Kampung Asam Jawa, anda boleh mendapatkan tempe yang baru sahaja dibungkus dengan rasanya yang berbeza dari tempe di tempat lain. Dengan harga yang amat berpatutan, tempe Faridah Endot pasti tidak mengecewakan anda. Ia dijual mengikut saiz bungkusan iaitu sekitar RM0.15 bagi bungkusan kecil dan RM0.20 bagi bungkusan besar.

 


Keusahawanan Belia

Bidang keusahawanan di sini kebanyakannya menjalankan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di Kampung Asam Kumbang. Di antara perusahaan yang semakin meningkat di Kampung Asam Kumbang ialah pembuatan makanan dari kacang soya iaitu tempe.

Belia di Kampung Asam Kumbang sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK tidak kira dalam acara sukan, kebudayaan dan keagamaan. Mereka menjadikan aktiviti yang telah direncanakan JKKK sebagai agenda wajib yang perlu disertai.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK