Belia Bersatu Hati
elia di Kampung Asam Kumbang sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK tidak kira dalam acara sukan, kebudayaan dan keagamaan. Mereka menjadikan aktiviti yang telah direncanakan JKKK sebagai agenda wajib yang perlu disertai.
Walaupun sibuk dengan kerja masing-masing mereka akan berusaha meluangkan masa sebagai tanda sentiasa sepakat dalam merealisasikan apa jua perancangan yang telah diatur. Kesedaran seperti inilah yang wajar dicontohi oleh belia-belia di kampung lain. Kebanyakan belia di kampung ini bekerja di sektor pentadbiran awam dan juga swasta.
Belia di sini juga bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran yang dilakukan ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendera.
|