Wanita Tunjang Keharmonian Masyarakat

W

anita merupakan tulang belakang keluarga selepas tanggungjawab suami. Peranan wanita dalam sesebuah institusi kekeluargaan tidak dapat dipertikaikan lagi. Kini wanita di desa juga semakin maju ke hadapan. Mereka kini bersikap lebih terbuka dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang biasanya hanya dimonopolii oleh kaum lelaki. Kaum wanita di sini juga semakin aktif mempertingkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

“Mereka kini bersikap lebih terbuka dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang biasanya hanya dimonopoli oleh kaum lelaki”

 
   

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sering menjalankan aktiviti-aktiviti bagi penduduk di situ. Salah satu aktiviti anjuran KEMAS ialah mengadakan bengkel jahitan. Bengkel jahitan yang dijalankan di sini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum wanita Kampung Air Tawar. Biro wanita di Kampung Air Tawar turut memainkan peranan dalam memastikan kaum wanita di situ bergiat aktif dalam komuniti. Antara matlamat utama biro ini ialah melahirkan golongan wanita yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Sikap berakhlak mulia, berdaya saing, berinovatif dan berwawasan menjadi amalan biro wanita di sini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah meluangkan masa bersama dengan anak yatim serta membeli-belah untuk mereka. Biro Wanita juga menyenaraikan ibu-ibu tunggal dan golongan warga emas sebagai golongan yang perlu diberi bantuan dan perhatian.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK