Faktor Ekonomi Wujudkan Penempatan
ampung Air Tawar terletak dalam Daerah Merlimau, Melaka. Merlimau dahulunya sebuah pekan yang sibuk kerana ia menghubungkan Melaka, Muar, Jasin dan Batu Gajah. Jarak antara Merlimau dengan Bandar Raya Melaka ialah 23 kilometer. Kawasan-kawasan di dalam Daerah Merlimau semakin membangun, dari sebuah kampung pedalaman kini menjadi sebuah perkampungan yang semakin dikenali kerana penduduk-penduduknya yang giat melakukan aktiviti perniagaan.
“Menurut kata orang-orang tua di sini, Kampung Air Tawar mendapat namanya kerana pada zaman dahulu terdapat sebatang sungai air tawar yang mengalir ke laut” |
|
| |
|
Menurut orang-orang tua di sini, Kampung Air Tawar mendapat namanya kerana pada zaman dahulu terdapat sebatang sungai air tawar yang mengalir ke laut . Oleh kerana keunikan itu, penduduk di situ mendapat ilham untuk menamakan penempatan itu Kampung Air Tawar. Kampung Sungai Air Tawar mula diteroka oleh sekelompok kecil peneroka dari Bagan Datoh, Perak pada tahun 1918. Keadaan fizikal kawasan tersebut yang rata, lembap dan sedikit berpaya, membuatkan mereka ingin membuka penempatan kecil di sini. Dua tahun kemudian, tanah yang diterokai itu dimajukan lagi dengan tanaman padi. Lama kelamaan, penduduk dari kawasan lain turut berhijrah ke sini kerana faktor ekonominya yang menggalakkan. |