Penduduk Bersatu Dalam Permuafakatan

P

enduduk di Kampung Air Tawar dianggarkan seramai 3,000 orang. Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti di situ diikuti dengan kaum China, kaum India dan beberapa kaum-kaum lain. Dari apa yang dapat diperhatikan semasa lawatan ke Kampung Air Tawar, kebanyakan rumah masih lagi mengekalkan seni bina rumah Melaka yang sememangnya unik. Tapak pembinaan rumah juga agak hampir antara satu sama lain.

 

“Kampung Air Tawar, kebanyakan rumah masih lagi mengekalkan seni bina rumah Melaka yang sememangnya unik.”
   

Penempatan di sini adalah secara bertaburan dan kebanyakannya hampir dengan jalan utama. Penduduk-penduduk di situ masih lagi mengekalkan ciri-ciri kehidupan Melayu tradisional. Mereka menjadi nelayan dan ada juga yang bertani. Mereka senang mengamalkan cara hidup seperti itu kerana sudah diasuh sejak kecil lagi.

Penduduk kampung itu juga mempunyai ikatan silaturahim yang erat. Mereka sering tegur-menegur apabila bertemu dan tolong-menolong apabila berlangsung sesuatu majlis di dalam kampung. Sikap sebegini merupakan nilai murni yang perlu diterapkan kepada golongan muda. Selain itu, mereka turut mengamalkan sikap hormat pada golongan yang lebih berusia.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK