Hasil Berbudi Pada Tanah
ektor pertanian dan perladangan di Kampung Air Tawar bukanlah sektor utama penduduk kampung di situ. Walau bagaimanapun, ada juga penduduk tempatan yang menjalankan pertanian dan perladangan. Kira-kira 700 hektar kawasan kampung diusahakan tanaman kelapa sawit. Ladang kelapa sawit ini dijadikan punca pendapatan segelintir penduduk kampung. Mereka mengambil upah mengait buah-buahan kelapa sawit sebelum dikutip untuk dihantar ke kilang. Selain itu, terdapat juga tanaman kontan yang dilakukan secara kecil-kecilan iaitu tanaman kelapa dan pisang.
Ada juga di antara penduduk Kampung Air Tawar yang menanam serai, cili, pokok pisang dan lain-lain di halaman rumah mereka. Kesemua tanaman ini dijadikan sumber makanan penduduk tempatan. |