Pembangunan Minda Melalui Pendidikan

K

epentingan pendidikan bagi penduduk Air Tawar terutama bagi anak-anak mereka merupakan satu keutamaan bagi penduduk di situ. Melalui pendidikan, masa depan anak-anak itu akan terjamin dan mereka bakal mengubah nasib keluarga. Melalui pendidikan jugalah, anak-anak itu bakal menjadi pewaris kepada jentera pentadbiran negara kelak.

“ Melalui pendidikan, masa depan anak-anak itu akan terjamin dan mereka bakal mengubah nasib keluarga. Melalui pendidikan jugalah, anak-anak itu bakal menjadi pewaris kepada jentera pentadbiran negara kelak. ”

 
   

Penduduk setempat menghantar anak-anak mereka ke sekolah berhampiran. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Sekolah Kebangsaan Sebatu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai. Sekolah-sekolah ini jaraknya antara satu hingga lima kilometer dari Kampung Sungai Air Tawar.

Ada kalanya sekolah-sekolah itu bersama-sama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan ceramah-ceramah berkaitan dengan pendidikan. Salah satu ceramah melibatkan pelajar sekolah ialah ceramah berunsurkan semangat patriotik yang diadakan pada setiap kali tibanya hari kemerdekaan. Tujuan ceramah ini diadakan supaya dapat menambahkan nilai-nilai patriotik dalam jiwa pelajar-pelajar. Di samping itu, ia juga dapat memupuk sikap tanggungjawab generasi muda terhadap kampungnya.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK