Bersemadinya Pahlawan Wanita Bernama Tun Teja
erdapat sebuah makam yang sering menjadi tumpuan pelancong di sini iaitu Makam Tun Teja. Makam yang dikelilingi sawah padi itu amat mendamaikan dan menenangkan kepada sesiapa yang datang. Jalan menuju ke makam itu diredupi oleh pohon-pohon rendang yang menghijau. Di hadapan makam ini, sebuah papan tanda diletakkan sebagai informasi tentang serba sedikit kisah hidup Tun Teja.
 |
|
| Tempat bersemadinya seorang Sri kandi Melayu terbilang |
|
|
“Makam yang dikelilingi sawah padi itu amat mendamaikan dan menenangkan kepada sesiapa yang datang." |
|
| |
|
Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Syah (1458 – 1511). Apabila Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511, baginda telah berundur ke Bentayan (sekarang dikenali sebagai Muar). Ketika inilah, Tun Teja dikatakan gering. Apabila mangkat, Tun Teja dimakamkan di sini dengan penuh adat istiadat. Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi, malah beliau juga seorang isteri yang setia dan disayangi oleh Sultan Mahmud. Ketika hayatnya, beliau telah meniupkan semangat kepahlawanan terhadap golongan wanita pada waktu itu. |