Kampung Air Tawar Nama Diberi

N

ama Tun Teja sering dikaitkan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tun Teja dikatakan seorang yang rupawan, taat pada suami serta keluarga dan berhemah tinggi. Beliau menjadi sumber inspirasi kepada wanita zaman itu untuk bersama-sama menentang musuh selain diteladani sikapnya. Makamnya yang terletak tidak jauh dari Kampung Air Tawar sering menjadi tumpuan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

“Tun Teja dikatakan seorang yang rupawan, taat pada suami serta keluarga dan berhemah tinggi. Beliau menjadi sumber inspirasi kepada wanita zaman itu untuk bersama-sama menentang musuh selain diteladani sikapnya”

 
   

Kampung Air Tawar yang terletak di Daerah Merlimau, mempunyai sebuah perpustakaan desa yang sering dikunjungi oleh pelajar terutamanya selepas tamat sesi persekolahan. Perpustakaan Desa Air Tawar yang terletak bersebelahan dengan Dewan Serba Guna Air Tawar agak mudah dijumpai. Kampung ini terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Melaka.

Keadaan muka bumi Kampung Air Tawar ialah bertanah rata dan berhampiran dengan pantai. Ini membuatkan kebanyakan penduduk di situ menjadikan hasil laut sebagai punca utama pendapatan keluarga mereka. Seperti kampung tradisi lain, penduduk kampung ini masih mengekalkan sifat-sifat kemelayuan yang sememangnya menjadi kebanggaan penduduknya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK