Jus Akar Kayu Dapat Sambutan
ntuk mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan, pengusaha perlu bekerja keras bagi mendapatkan hasil yang boleh dibanggakan. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memainkan peranan sebagai satu organisasi yang membantu penduduk desa memasarkan barangan dan juga membantu dari aspek lain. ‘Satu Kampung Satu Produk’ slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan mendapat tindak balas daripada salah seorang penduduk kampung di situ. Norazman Haji Parmin memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM100 pada tahun 2006. Kini, beliau boleh berbangga dengan produk yang dihasilkan beliau sejak dua tahun lalu.
| |
 |
| |
| Pati Jus Akar Kayu yang siap dibotolkan |
|
Beliau mendapat bantuan berupa sebuah tempat operasi dan kilang pemprosesan daripada FAMA, dari itu, Norazman menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberi termasuk kreativitinya sendiri dalam mengusahakan produk berasaskan akar kayu. Norazman selaku Pengarah Urusan Araz Success Nature Herbs Industry menggunakan pengetahuan beliau tentang akar kayu bagi menghasilkan produk yang bersesuaian. Produk yang diketengahkan ialah produk Pati Jus Akar Kayu yang mendapat sambutan menggalakkan dari serata Malaysia. Pati Jus Akar Kayu ini diproses daripada ramuan 47 jenis akar dan daun kayu. Premis beliau dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ S Veerasingam, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selain memasarkan produk Pati Jus Akar Kayu ini ke Indonesia, Araz Success Nature Herbs turut memiliki beberapa rangkaian produk kecantikan bagi wanita.
|