Kesihatan Penduduk Terpelihara
linik adalah salah satu tempat untuk merujuk kesihatan penduduk di sesebuah penempatan. Perkhidmatan klinik di dalam kawasan desa adalah salah satu matlamat kerajaan dalam memberi kemudahan lengkap bagi penduduk desa tanpa mengenakan apa-apa bayaran terutama bagi ibu mengandung dan kanak-kanak.
Klinik Desa Air Tawar merupakan pusat kesihatan yang terhampir bagi penduduk kampung di situ. Kawasan klinik yang dikelilingi pelbagai tumbuhan hijau dan pokok-pokok bunga pastinya menenangkan hati mereka ketika mendapatkan rawatan di sini. Klinik Desa Air Tawar beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Hari Isnin adalah bagi kanak-kanak mendapatkan rawatan dan klinik bagi perancangan keluarga, manakala hari Selasa pula adalah rawatan untuk ibu hamil. Terdapat juga perkhidmatan lawatan ke rumah wanita yang sudah bersalin. Klinik ini juga prihatin dalam segala hal ehwal melibatkan ibu mengandung seperti mengajar kaedah menyusukan bayi dan cara-cara menguruskan bayi dengan betul.
Penduduk tempatan tidak perlu ke bandar untuk mendapatkan rawatan. Dengan adanya klinik desa di kawasan berhampiran, segala penyakit akan dapat dirawat dengan segera. Klinik di sini juga menyediakan klinik pesakit luar iaitu rawatan penyakit biasa seperti batuk, selsema dan demam. |