Kampung Sejahtera Matlamat Semua Penduduk

K

eadaan kampung yang aman dan sejahtera merupakan matlamat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk kampung. Bagi mengelakkan Kampung Air Tawar menjadi mangsa ancaman jenayah, pihak polis dengan kerjasama JKKK berganding bahu menangani keselamatan penduduk kampung.

Balai polis yang paling hampir adalah Balai Polis Merlimau yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Perpustakaan Desa Air Tawar. Pihak polis akan membuat rondaan terutamanya pada waktu malam bagi memastikan tiada aktiviti mencurigakan berlaku yang boleh membahayakan penduduk kampung . Kebiasaannya, penduduk akan melaporkan kes jenayah kecil kepada ketua kampung sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK