Infrastruktur Lengkap Memudahkan Pekerjaan Seharian

K

emudahan asas yang disediakan di sini telah banyak membantu meringankan kerja seharian penduduk kampung. Jika dahulu penduduk kampung perlu menggunakan air perigi untuk mendapatkan air termasuk menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik, kini hidup mereka lebih mudah dengan kemudahan-kemudahan asas yang diberi kerajaan. Bekalan air bersih dan bekalan elektrik yang lengkap memudahkan aktiviti seharian penduduk setempat.

 
 
Masjid yang menjadi tumpuan umat Islam untuk beribadat

Kemudahan awam seperti pengangkutan awam dan sistem jaringan jalan raya turut disediakan bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan kawasan Kampung Air Tawar. Selain itu, terdapat juga pejabat pos, perpustakaan desa, balai raya, klinik dan Internet Desa di sini. Balai raya yang terdapat di sebelah Perpustakaan Desa Air Tawar juga digunakan oleh penduduk kampung dan sekitar untuk melakukan aktiviti rasmi dan majlis perkahwinan. Kemudahan asas dan prasarana yang diberikan memberi kemudahan yang selesa kepada penduduk kampung.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK