Suasana Tenang Di Kampung
ampung-kampung di sekitar Kampung Air Tawar ialah Kampung Sungai Rambai, Kampung Batu Gajah, Kampung Sebatu dan Taman Pahlawan Ranggi. Kebanyakan penduduk setempat menjadi nelayan, petani dan peniaga. Ada juga di antara mereka bekerja di sektor awam dan swasta yang terdapat di pekan berhampiran.
Kampung-kampung sekitar ini sering menjalankan aktiviti bersama seperti aktiviti keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah-ceramah, sukaneka dan lain-lain lagi. Majlis kenduri kahwin juga merupakan salah satu dari aktiviti yang sering melibatkan ramai penduduk kampung sama ada kampung sekitar atau penduduk kampung sendiri. Budaya yang masih dikekalkan itu merupakan salah satu sebab mengapa penduduk di situ akrab antara satu sama lain. |