JKKK Rencana Kemajuan Kampung
awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu badan yang ditubuhkan dalam kampung untuk menjaga kebajikan penduduk kampung dan memantau keselamatan kampung. JKKK Kampung Air Tawar mempunyai matlamat dalam menguruskan kampung itu. Selain menjadi agen pelaksanaan terhadap dasar dan rancangan pembangunan kerajaan, JKKK Air Tawar juga bermatlamat untuk menaikkan taraf kemudahan asas kampung sedia ada, membasmi kemiskinan, menaik taraf pendidikan dan kesedaran tentang kepentingan pendidikan juga beberapa matlamat lain.
Objektif JKKK ialah melahirkan usahawan yang maju dan berdaya saing dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan berwawasan. Pengerusi JKKK Kampung Air Tawar iaitu Sidang Jalaludin Haji Mamat ingin melihat perubahan yang lebih positif terutama dari golongan belia. JKKK Kampung Air Tawar berjaya mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan masih lagi mengamalkan cara hidup masyarakat sederhana walaupun tempias arus kemodenan mula dirasai di perkampungan Air Tawar.
|