Perikanan Sektor Utama Penduduk Tempatan

S

ektor perikanan merupakan sektor utama yang masih lagi menjadi punca pendapatan bagi kebanyakan penduduk Kampung Air Tawar. Selain menjadi nelayan, terdapat juga penduduk yang membuka kolam memancing ikan. Nelayan-nelayan yang berpangkalan di Kuala Sebatu akan menaikkan hasil tangkapan mereka di situ manakala peraih-peraih pula akan membeli hasil tangkapan mereka untuk dijual di pasar-pasar dan restoran. Projek Ternakan Kupang yang dilaksanakan pada akhir tahun 80-an masih lagi dijalankan dengan usahasama Jabatan Perikanan Melaka.

 
Para nelayan sedang beristirehat selepas kembali dari laut
 

Walaupun pertanian tidak lagi menjadi sektor utama penduduk di kampung itu, namun terdapat segelintir yang masih bergantung harap pada hasil pertanian ini. Ada segelintir penduduk tempatan yang giat mengusahakan tanaman kelapa sawit dan kelapa. Sebilangan kecil daripada penduduk di sini juga terdiri daripada petani-petani kecil yang menanam sayur-sayuran di sekitar rumah mereka. Hasil tanaman ini biasanya akan dijual kepada penduduk kampung pada waktu pagi dari rumah ke rumah.

 

 
 
Pelabuhan "Bartertrade"

Terdapat sebuah pelabuhan ‘Bartertrade’ di kawasan sekitar. Pelabuhan yang dibuka pada tahun 2002 ini mengambil pekerja-pekerja dari kalangan penduduk sekitar. Pelabuhan ini merupakan tempat berlabuhnya kapal-kapal dari Riau, Indonesia bagi menurunkan barangan runcit, barang-barang binaan dan beberapa jenis barang-barang lain. Berhampiran pelabuhan tersebut terdapat pejabat-pejabat kecil kerajaan seperti bangunan Kastam Diraja Malaysia, pejabat Imigresen, balai polis dan Jabatan Kesihatan yang akan memantau serta memeriksa barang-barang yang akan dieksport atau diimport. Pelabuhan ini dilihat berpotensi untuk muncul sebagai sebuah pelabuhan terkemuka sekiranya dinaik tarafkan. Ia bukan sahaja menjana ekonomi negara, malah membantu membuka ruang pekerjaan kepada penduduk setempat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK