Belia Pelapis Negara
elia merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada satu hari nanti. Golongan belia kini diberi pendedahan sewajarnya oleh kerajaan bagi mengelakkan mereka terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Persatuan Belia 4B Kampung Air Tawar menjadi salah satu medium bagi belia-belia di sini untuk bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti yang paling mendapat sambutan di situ ialah aktiviti kesukanan. Sukan futsal merupakan sukan kegemaran golongan belia di sini.
Selain itu, golongan belia juga aktif dalam permainan sepak takraw, bola tampar, badminton dan bola sepak. Kebanyakan aktiviti-aktiviti dijalankan di Kampung Air Tawar sendiri dengan menggunakan padang sekolah sebagai tempat permainan. Belia-belia Kampung Air Tawar sering mengadakan perlawanan persahabatan dengan kampung-kampung berhampiran. Aktiviti-aktiviti seperti ini menggalakkan belia-belia bergiat lebih aktif dalam aktiviti yang sihat. Lebih-lebih lagi aktiviti sebegini dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan gejala-gejala yang negatif. Antara pencapaian belia di Kampung Air Tawar ialah ketika meraih tempat ketiga dalam pertandingan bola sepak bagi Daerah Jasin.
“ Aktiviti yang paling mendapat sambutan di situ ialah aktiviti kesukanan. Sukan futsal merupakan sukan kegemaran golongan belia di sini.” |
|
| |
|
|