Wajah ceria salah seorang penduduk Kampung Parit Satu.

Prestasi Wanita Meningkat

W

anita merupakan golongan yang banyak berjasa dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kaum wanita di Kampung Parit Satu mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Selain daripada aktiviti perniagaan, golongan wanita tidak lupa dalam melengkapkan diri dengan ilmu agama. Pada setiap hari Khamis, mereka akan membaca surah Yasin dan pada hari Jumaat pula, kumpulan marhaban akan mengadakan latihan.

Kampung sekitar iaitu Kampung Parit Jawa ada juga mengadakan kelas gubahan dan kelas memasak. Maka, bagi penduduk di Kampung Parit Satu yang ingin mempelajarinya, mereka akan datang ke kampung tersebut. Aktiviti-akiviti sebegini sering kali mendapat perhatian kaum-kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa kaum wanita ingin bergerak cergas dan tidak hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK