Perpustakaan ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan Internet

Rakyat Celik IT

K

emudahan komputer dan Internet yang diberikan oleh kerajaan adalah salah satu dari langkah kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang celik IT di samping merapatkan jurang digital antara penduduk desa dan penduduk bandar. Perkhidmatan yang diberikan ini selain daripada memfokuskan kepada kemudahan pelajar, ia juga telah menarik minat golongan yang lebih dewasa untuk mempelajarinya. Usaha kerajaan ini telah membuka minda dan minat penduduk desa tentang dunia teknologi. Kampung Parit Satu merupakan salah satu dari kawasan desa yang menerima kemudahan komputer dan internet.

 
Isyarat internet PD ini diterima menerusi teknologi Satelit Very Small Apeture Satellite (V-SAT)
 

Klinik Desa Parit Satu selain dari memberikan perkhidmatan perubatan ia juga menyediakan kemudahan komputer dan internet. Perkhidmatan ini disediakan pada tahun 2005 dan diselia oleh Noriati Noor yang juga merupakan Jururawat Masyarakat di Klinik Desa Parit Satu. Bagi tidak mengganggu waktu operasi klinik, kemudahan internet disediakan pada hari tertentu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang. Walaupun masa yang diberi adalah terhad ia tidak menjadi halangan kepada penduduk terutama pelajar untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Oleh sebab sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar, penyelia terpaksa menghadkan penggunaan komputer kepada satu jam bagi setiap pengguna. Purata kedatangan pengunjung ke klinik desa ini untuk menggunakan kemudahan komputer dan Internet ialah lima orang dalam satu hari. Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini mendapat sambutan menggalakkan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK