Nama Kampung Parit Satu diperoleh berikutan kewujudan sebuah parit panjang di kawasan kampung.

Sejarah Parit Nan Satu

M

enurut sejarah yang diceritakan oleh warga emas di Kampung Parit Satu, kampung ini mendapat nama kerana hanya penduduk mendirikan rumah mereka di tepi-tepi jalan. Jadi, mereka membina sebuah parit yang panjang bagi menyalurkan air ke kawasan rumah-rumah ini. Disebabkan pembinaan sebuah parit di sini, maka terbitlah idea untuk menamakan penempatan ini sebagai Kampung Parit Satu. Penempatan ini dahulunya diteroka oleh orang Melayu. Kemudian orang-orang dari Kepulauan Indonesia datang dan menjadi sebahagian dari penduduk di sini. Nama perkampungan ini tidak pernah berubah dari dahulu hingga sekarang.

Pada tahun 1971 banjir telah melanda kawasan penempatan di kampung-kampung sekitar. Peristiwa banjir ini telah menyebabkan penduduk dari kampung sekitar mula memasuki kawasan kampung ini dan mendirikan penempatan baru di sini. Terdapat banyak perubahan yang dilakukan bagi menaikkan infrastruktur Kampung Parit Satu. Salah satu contohnya ialah sistem jalan raya. Dahulunya sistem jalan raya kampung ini bertanah merah, kini ia telah dinaik taraf menjadi jalan raya bertar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK