Antara generasi muda di Parit Badak

Masyarakat Melayu Jawa

D
 
 
Salah seorang petani wanita tersenyum ceria

ari statistik yang diberi oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), terdapat lebih kurang 70 buah rumah di sini. Anggaran penduduk di sini ialah kira-kira 200 orang. Jenis penempatan pula ialah secara berderet dan ada juga penempatan bertaburan di sesetengah kawasan. Penduduk di Kampung Parit Satu yang penduduknya kebanyakannya berketurunan Melayu Jawa masih lagi mengamalkan cara hidup masyarakat timur. Mereka mengamalkan budaya yang penuh dengan kesantunan dalam pergaulan. Kesemua penduduk adalah beragama Islam.

Boleh dikatakan taraf penduduk di sini adalah sederhana. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti pertanian untuk menampung keperluan harian keluarga mereka. Kehidupan sosial mereka juga tidak seperti di bandar. Mereka saling bertegur-sapa apabila berselisih jalan, manakala anak-anak muda memberi salam kepada yang tua dan saling tolong-menolong bagi mereka yang memerlukan. Sifat-sifat seperti inilah yang harus diterapkan pada penduduk bandar supaya dapat memahami apa maksud sebenar kejiranan tanpa mengira status.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK