Nanas Mores Pilihan Pasaran Tempatan
epatah ada berkata berbakti pada tanah kelak kita mendapat hasilnya. Inilah prinsip yang dipegang oleh kebanyakan penduduk di Kampung Parit Satu. Sektor pertanian menjadi salah satu sektor yang melibatkan hampir keseluruhan penduduk di sini. Tanaman yang diusahakan ialah tanaman kelapa sawit dan juga nanas. Boleh dikatakan hampir 70 peratus dari tanah kampung dijadikan kawasan pertanian dan selebihnya iaitu 30 peratus adalah kawasan penempatan dan lain-lain. Antara faktor yang menjadikan di Kampung Parit Satu dilihat sesuai sebagai tempat pertanian ialah kerana jenis tanah, bentuk geografi dan juga cuaca yang sesuai.
| "Boleh dikatakan hampir 70 peratus dari tanah kampung dijadikan kawasan pertanian dan selebihnya iaitu 30 peratus adalah kawasan penempatan dan lain-lain." |
|
| |
|
Bantuan sentiasa diberikan oleh kerajaan dalam memastikan industri pertanian tidak diabaikan. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diwujudkan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dan beberapa objektif lain. NAFAS sering memberikan bantuan dari segi modal dan khidmat nasihat. Kelapa sawit mengambil masa tiga tahun untuk membesar, dan pada waktu inilah petani-petani menanam nanas untuk menambahkan hasil pendapatan.
Nanas mengambil masa sembilan bulan untuk mendapatkan hasilnya. Tanaman nanas yang diusahakan oleh penduduk kampung di sini mempunyai tiga jenis iaitu Nanas Mores, Nanas Jossa dan juga Nanas Gandul. Nanas Gandul merupakan antara nanas yang kian mendapat tempat di pasaran. Nanas yang diusahakan ini dipasarkan ke kawasan sekitar. Kebanyakan tanaman nanas ini dijalankan secara individu. Hasil buah-buahan ini akan dijual kepada peraih atau dijual sendiri di tepi-tepi jalan dengan harga yang berpatutan. |