G
 
 
   
  Murid-murid sekolah ceria ketika berada di sekolah.

Sekolah Cemerlang Negara Gemilang

K

ampung Parit Satu mempunyai dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Anum dan Sekolah Rendah Agama Seri Anum. Kedua-dua buah sekolah ini merupakan sekolah yang memberikan pendidikan awal kepada penduduk di Kampung Parit Satu dan kawasan sekitarnya. Anggaran pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Anum ialah seramai 170 orang dan Sekolah Rendah Agama pula dianggarkan seramai 170 orang. Murid-murid yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan oleh pihak sekolah.

 
Sekolah Kebangsaan Sri Anom yang terletak di tengah Kampung Parit Satu
 

Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Anum merupakan sekolah kesembilan terbaik antara 90 buah sekolah di Pontian. Kecemerlangan sekolah ini menunjukkan bahawa penduduk dan pihak sekolah telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam memastikan pelajar-pelajar di Kampung Parit Satu mendapat pendedahan pendidikan sempurna. JKKK dan pihak sekolah sering menjalankan aktiviti bersama seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan membersihkan kawasan kampung. Majlis Maulidur Rasul juga dijalankan bersama-sama dengan pihak sekolah. Kerjasama yang wujud di antara JKKK dan pihak sekolah memberikan impak positif kepada para pelajar dengan menunjukkan sifat kerjasama antara satu sama lain.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK