Salah satu mesin memproses makanan ternakan

Pembuatan Makanan Ternakan

P
 
 
Acuan kuih kapit

erniagaan yang berjaya merupakan impian bagi ramai orang. Perniagaan yang dijalankan oleh sebilangan penduduk di sini adalah sektor kecil yang memacu ekonomi di Kampung Parit Satu. Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan ialah perusahaan kimpalan besi, pembuatan kuih tradisional dan pembuatan makanan untuk ternakan. Perusahan-perusahan ini yang hanya melibatkan golongan dewasa dan belia mendapat bantuan dari beberapa jabatan kerajaan.

Synergycents Sdn Bhd yang mula beroperasi pada akhir tahun 2007 merupakan antara perniagaan yang mula membangun. Synergycents Sdn Bhd merupakan syarikat yang memproses makanan ternakan dan kini telah meluaskan empayarnya ke serata negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Pengarah Urusannya, Halimah Minin menjalankan perniagaan ini setelah membuat kajian kira-kira dua tahun mengenai pemprosesan bahan makanan ternakan dengan menggunakan batang jagung. Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dari segi modal dan juga mesin. Selain itu, perniagaan yang dijalankan ini mendapat bimbingan dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi menjaga mutunya. Syarikat Synergycents Sdn Bhd mengupah lebih kurang 20 orang penduduk yang terdiri daripada penduduk sekitar bagi membantu Halimah menjalankan perniagaan. Dalam masa sehari, pekerja beliauboleh menyediakan satu tan makanan yang siap untuk dipasarkan ke kawasan sekitar.

 
Bengkel kimpalan besi yang diusahakan masyarakat tempatan
 

Selain Synergycents Sdn Bhd, kilang besi yang terdapat di sini juga adalah antara perniagaan lain yang dijalankan oleh penduduk Kampung Parit Satu. Mat Som Mustaham merupakan pemilik Kejuruteraan Besi Parit Satu. Beliau menyewa dua buah kedai untuk menjalankan perniagaan yang kini mendapat tempahan dari banyak tempat. Mesin-mesin yang ada di sini dibeli menggunakan modal sendiri.

Perniagaan lain yang terdapat di sini ialah pembuatan kuih kapit. Aktiviti yang dijalankan oleh kaum wanita ini adalah perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan di rumah. Kuih kapit ini kemudiannya dihantar ke kantin-kantin sekolah dan beberapa kedai runcit untuk dipasarkan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK